Hamas: Isu senjata ditangani melalui konsensus nasional, dialog dalaman

Hamas menegaskan bahawa isu berkaitan senjata Palestin perlu ditangani melalui pendekatan konsensus nasional dan dialog dalaman, bukan semata-mata berdasarkan perspektif Israel.

Dalam satu temu bual bersama Anadolu, Jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata pendirian pihaknya berhubung senjata Palestin adalah jelas kerana ia berkait rapat dengan konteks politik yang lebih luas, termasuk hak asasi rakyat Palestin seperti hak penentuan nasib sendiri serta penubuhan sebuah negara Palestin.

Beliau berkata, rundingan masih berlangsung secara serius, khususnya berkaitan isu senjata, sambil menegaskan komitmen Hamas untuk melindungi kepentingan rakyat Palestin.

“Hamas berusaha untuk menghapuskan sebarang alasan yang boleh digunakan oleh penjajah untuk menyambung semula perang,” katanya.

Tambah beliau, antara perkara yang diberi penekanan termasuk pelaksanaan komitmen oleh pihak penjajah dalam fasa pertama perjanjian, seperti menghentikan pelanggaran, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan secara penuh dan mencukupi seperti dipersetujui, serta memudahkan kemasukan Jawatankuasa Nasional bagi Pentadbiran Semenanjung Gaza.

Beliau turut mendakwa bahawa pelanggaran oleh pihak penjajah merupakan satu dasar sistematik.

“Pihak penjajah tidak menghormati komitmen mereka, malah tidak menghormati usaha para perantara sepanjang enam bulan lalu,” katanya. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Garisan Oren: Israel meluaskan kawalan melepasi had di Gaza

Related Posts