Hamas: Henti pencerobohan, sekatan Israel syarat utama masa depan Gaza

Gerakan Hamas menegaskan sebarang proses politik atau pengaturan berkaitan Semenanjung Gaza mesti bermula dengan penghentian sepenuhnya pencerobohan Israel, pembatalan sekatan serta jaminan hak nasional rakyat Palestin, khususnya hak kebebasan dan penentuan nasib sendiri.

Dalam kenyataan media berhubung persidangan Lembaga Keamanan di Amerika Syarikat, Hamas menyatakan pertemuan itu diadakan ketika rejim penjajah Israel masih berterusan melakukan jenayah dan melanggar perjanjian gencatan senjata.

Menurut kenyataan itu, komuniti antarabangsa dan pihak yang menyertai badan berkenaan perlu mengambil langkah praktikal bagi memaksa Israel menghentikan serangan, membuka semua pintu lintasan, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan serta memulakan segera proses pembinaan semula Gaza.

Hamas turut menyeru pihak antarabangsa dan pengantara memikul tanggungjawab memastikan pelaksanaan persetujuan yang telah dicapai, menghalang gangguan terhadap hak kemanusiaan dan politik rakyat Palestin serta berusaha secara serius ke arah gencatan senjata berkekalan.

Menurut pergerakan itu, sebarang usaha antarabangsa untuk mencapai kestabilan di Gaza mesti menangani punca utama konflik iaitu penjajahan Israel, menamatkan dasar agresifnya serta membolehkan rakyat Palestin memperoleh hak mereka secara penuh. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel hadkan hanya 10,000 jemaah solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

Next Post

Lima negara komited hantar tentera sebagai pasukan penstabilan Gaza

Related Posts