Hamas tegaskan tolak pengawasan antarabangsa ke atas Gaza

Pemimpin Hamas, Osama Hamdan memperbaharui penolakan gerakan itu terhadap sebarang bentuk pengawasan luar ke atas Gaza, sambil menegaskan bahawa mana-mana pasukan antarabangsa yang dikerahkan ke wilayah tersebut mesti dihadkan kepada tugas berkaitan sempadan sahaja.

Beliau berkata mana-mana tentera asing harus menumpukan sepenuhnya kepada mencegah pencerobohan Israel dan menghentikan pelanggaran gencatan senjata, tanpa campur tangan dalam pentadbiran dalaman Gaza.

Hamdan membuat kenyataan itu dalam temu bual bersama program Al-Masa’iyya di Al Jazeera Mubasher sebagai reaksi terhadap laporan bahawa Indonesia sedang mempertimbangkan menghantar beberapa ribu tentera sebagai sebahagian daripada pasukan penstabil ke Gaza.

Beliau juga berkata Hamas telah berhubung secara langsung dengan kerajaan Indonesia dan menyampaikan bahawa “mana-mana pasukan antarabangsa mesti mematuhi peranan berkecuali di sempadan serta tidak mengambil pendirian yang bercanggah dengan kehendak rakyat Palestin atau menjadi pengganti kepada penjajah Israel.”

Hamdan menambah bahawa pegawai Indonesia memberi jaminan jelas kepada Hamas bahawa mereka tidak akan terlibat dalam melaksanakan sebarang agenda Israel di dalam Gaza, dan peranan mereka, jika ada, akan terhad kepada memisahkan rakyat Palestin daripada pasukan penjajah serta mencegah pencerobohan, tanpa campur tangan dalam urusan awam. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel rasmi sertai Lembaga Keamanan dalam lawatan Netanyahu ke Amerika

Next Post

Tonton mini filem Taufan al-Aqsa di White Stream bermula Ramadan ini

Related Posts