Hamas tolak kelulusan resolusi AS berkait Gaza oleh Majlis Keselamatan

Gerakan Hamas menolak keputusan Majlis Keselamatan PBB pada Isnin yang meluluskan resolusi digubal Amerika Syarikat bagi menubuhkan “Lembaga Keamanan” serta “Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF)” di Semenanjung Gaza, menurut Anadolu.

“Mekanisme resolusi ini memaksakan bentuk ‘penjagaan antarabangsa’ ke atas Gaza, sesuatu yang ditolak oleh rakyat dan semua kumpulan kami,” kata Hamas di Telegram.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas resolusi tersebut diluluskan dengan 13 undi menyokong, manakala Rusia dan China berkecuali.

Hamas menegaskan bahawa penugasan pasukan antarabangsa dengan peranan khusus di dalam Gaza, termasuk melucutkan senjata kumpulan pejuang, menjadikan pasukan itu tidak lagi berkecuali dan berpihak kepada penjajah Zionis.

Bulan lalu, Israel dan Hamas menerima fasa awal pelan 20 perkara Gaza yang dicadangkan Presiden AS Donald Trump, iaitu gencatan senjata bagi menghentikan perang dua tahun serta perjanjian pembebasan tahanan.

Resolusi tersebut menetapkan bahawa kehadiran Lembaga Keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa “akan kekal berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2027, tertakluk kepada tindakan lanjut Majlis, dan sebarang pembaharuan mandat ISF mesti dibuat dengan kerjasama penuh Mesir, Israel serta negara anggota lain yang bekerjasama dengan ISF.”

Hamas menegaskan bahawa sebarang pasukan antarabangsa, “jika ditubuhkan, hanya boleh ditempatkan di sempadan untuk memisahkan pasukan yang bertempur, memantau gencatan senjata, dan mestilah berada sepenuhnya di bawah penyeliaan PBB.”

Amerika Syarikat mengucapkan terima kasih kepada 15 anggota Majlis Keselamatan atas kelulusan resolusi itu serta negara-negara yang menyokong usaha tersebut, termasuk Qatar, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Indonesia, Turki dan Jordan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Muqawamah Palestin bantah kawalan asing melalui pasukan antarabangsa

Next Post

Bantuan kontena The Rightful Gift bernilai RM2.8 juta tiba di Gaza

Related Posts