Pemimpin Palestin yang dipenjara, Marwan Barghouti mengalami patah tulang rusuk selepas dipukul di penjara Israel, menurut Pejabat Media Tahanan pada Rabu.
Pejabat yang dikendalikan oleh Hamas itu berkata di Telegram bahawa Barghouti dipukul oleh pengawal penjara Israel ketika dipindahkan dari Penjara Ramon di selatan ke Penjara Megiddo di utara pada pertengahan September.
Pemimpin Palestin yang dipenjara itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami patah pada empat tulang rusuk.
Barghouti, 66 tahun, merupakan pemimpin kanan kumpulan Fatah yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas, dan antara tokoh paling menonjol serta popular dalam politik Palestin.
Beliau menjalani hukuman penjara seumur hidup sebanyak lima kali di penjara Israel sejak tahun 2002 atas tuduhan berkaitan Intifadah Kedua yang bermula pada tahun 2000. – Anadolu/Dunia Palestin