Israel rampas 112 ekar tanah di Tebing Barat untuk perluasan penempatan

Israel telah merampas lebih 112 ekar (455.6 dunam) tanah Palestin di Tebing Barat yang dijajah bagi tujuan peluasan penempatan, menurut sebuah badan kerajaan pada Selasa.

Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok (CWRC) dalam kenyataannya berkata, rampasan itu dibuat ketika kerajaan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membincangkan kemungkinan pengilhakan (rampasan) wilayah yang dijajah tersebut.

Menurut suruhanjaya itu, lebih 112 ekar atau 455.6 dunam (455,600 meter persegi) tanah telah dirampas di bandar Jit dan Far’ata di timur Qalqilya serta di Tell, barat Nablus.

Rejim penjajah Israel mengisytiharkan tanah tersebut sebagai “tanah negara,” istilah yang sering digunakan Tel Aviv untuk merampas tanah Palestin di Tebing Barat.

Kawasan berkenaan termasuk pos penempatan haram Havat Gilad yang ditubuhkan pada 2003 di atas tanah Palestin milik Jit, Far’ata dan Tell.

CWRC menjelaskan, rampasan tanah itu bertujuan mengesahkan pos Havat Gilad, sejajar dengan rancangan kerajaan Israel yang sebelum ini mengumumkan hasrat untuk mengiktiraf penempatan tersebut.

Pada 20 Ogos lalu, Israel meluluskan projek penempatan utama dikenali sebagai E1 yang bertujuan membahagikan Tebing Barat kepada dua bahagian, sekali gus memutuskan bandar Ramallah dan Nablus di utara daripada Bethlehem dan Hebron di selatan serta mengasingkan Baitulmaqdis Timur.

Masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap penempatan Israel sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa. PBB berulang kali memberi amaran bahawa peluasan penempatan berterusan mengancam kelangsungan penyelesaian dua negara yang dilihat sebagai kunci dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel yang telah berlarutan selama beberapa dekad. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Gaza tanggungjawab syarie dan kemanusiaan seluruh umat

Next Post

Hamas sedia bentuk pentadbiran teknokrat nasional urus Gaza

Related Posts