Hamas telah mengeluarkan kenyataan media pada Isnin, yang telah dibacakan oleh pegawai kanannya, Osama Hamdan dengan menyatakan 10 penegasan penting mengenai situasi terkini dan krisis kemanusiaan di Gaza yang terus diserang oleh Israel.
Berikut adalah intipati penegasan tersebut:
1. Hamas menegaskan bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Barat bertanggungjawab atas jenayah yang berlaku di Gaza. Mereka juga memberi amaran bahawa jenayah ini tidak akan dilupakan dan pihak yang terlibat akan dihadapkan kepada keadilan.
2. Hamas mengecam serangan Israel terhadap hospital di Gaza sebagai tindakan pembantaian yang melanggar undang-undang kemanusiaan. Mereka mendesak masyarakat antarabangsa untuk memaksa Israel menghentikan serangan ini.
3. Tindakan Israel telah menghentikan hubungan dengan UNRWA adalah usaha untuk menghapus bukti sejarah tentang pelarian Palestin. Hamas mendesak agar masyarakat antarabangsa mengambil tindakan terhadap Israel atas keputusan tersebut.
4. Hamas menyebut serangan penjajah Israel di Tebing Barat sebagai ancaman serius. Mereka mengajak rakyat Palestin untuk menentang kezaliman ini dengan segala bentuk perlawanan.
5. Hamas menyatakan bahawa walaupun sudah lebih satu abad sejak Deklarasi Balfour, perjuangan rakyat Palestin tetap tidak pudar, dan mendesak tanggungjawab Britain dalam menyelesaikan penderitaan yang berlaku sejak sekian lama.
6. Hamas menyatakan bahawa serangan terhadap Israel pada Oktober lalu telah membawa kerugian besar bagi Israel dari segi anggota dan peralatan tentera.
7. Hamas menuduh terdapat manipulasi dalam pentadbiran Israel yang diketuai Netanyahu, yang menggunakan alasan palsu untuk membenarkan tindakan kejam terhadap Gaza.
8. Hamas mengadakan pertemuan dengan Fatah dalam usaha untuk mencapai kesepakatan nasional dalam menghadapi krisis di Gaza.
9. Hamas menyatakan komitmennya dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara Arab, Islam, dan antarabangsa, serta terbuka untuk idea yang dapat membawa kepada penyelesaian krisis di Gaza.
10. Hamas menekankan bahawa apa jua keputusan pilihan raya AS, mereka tidak bergantung kepada siapa yang berkuasa di Washington. Mereka mendesak agar AS mengubah pendirian terhadap sokongan kepada Israel dan bertindak adil kepada Palestin.
Kenyataan Hamas ini menekankan keazaman mereka dalam mempertahankan hak-hak rakyat Palestin, mengkritik tindakan Israel, dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman yang sedang berlaku di Gaza. – Dunia Palestin