Hamas: Gaza tidak akan menyerah kalah, pejuang menentukan syarat

Kenyataan Benjamin Netanyahu berhubung “pembebasan semua tawanan dan penyerahan diri Hamas” hanyalah gambaran kekalahan psikologi penjajah Israel, bukannya realiti di medan pertempuran, kata anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Rishq.

Dalam satu kenyataan di Telegram, beliau menegaskan bahawa selepas kegagalan ketara operasi ketenteraan Israel untuk membebaskan tawanan, ia menjadi jelas bahawa satu-satunya cara untuk mencapai pembebasan tersebut adalah melalui perjanjian yang serius dengan pihak pejuang.

“Para pemimpin musuh sendiri telah mengakui bahawa mereka gagal secara menyeluruh dalam misi membebaskan tahanan mereka melalui jalan ketenteraan. Maka tiada pilihan lain melainkan rundingan berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh pihak pejuang,” katanya.

Al-Rishq turut menegaskan bahawa Gaza tidak akan tunduk kepada tekanan ketenteraan dan penjajahan, malah menegaskan bahawa kumpulan pejuang Palestin akan terus menjadi pihak yang menentukan syarat dan membentuk keseimbangan kuasa, sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

Kenyataan itu hadir susulan laporan mengenai serangan udara Israel yang berterusan di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk Khan Younis dan kem pelarian al-Shati, yang mengorbankan puluhan nyawa orang awam. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 57,100 terbunuh di Gaza akibat serangan berterusan Israel

Next Post

Lebih 700 warga Gaza maut ditembak Israel ketika mendapatkan air

Related Posts