UNRWA: 625,000 kanak-kanak Palestin hilang satu tahun persekolahan

Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata 625,000 kanak-kanak Palestin termasuk 300,000 pelajar UNRWA telah kehilangan satu tahun persekolahan akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

“Empat daripada lima bangunan sekolah di Gaza telah terkena serangan atau rosak secara langsung. Bangunan-bangunan ini perlu dibina semula atau dibaik pulih untuk digunakan sebagai sekolah,” lapor agensi berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan Lazzarini di X.

Menurut Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, sekurang-kurangnya 9,936 pelajar Palestin terbunuh dan 15,897 lagi cedera sejak permulaan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Putera Mahkota Arab Saudi bimbang dibunuh kerana teruskan normalisasi Israel

Next Post

Hamas: Mohammad Deif berada dalam keadaan baik

Related Posts