Ratusan pendatang haram Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa

Ratusan pendatang haram Israel menceroboh masuk ke dalam kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Khamis, dengan alasan kononnya bagi memperingati 77 tahun penubuhan entiti Israel.

Seorang pegawai Palestin daripada Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis berkata hampir 350 pendatang haram Israel menceroboh kawasan suci itu sejak pagi dengan perlindungan polis Israel, dan melakukan ritual Talmudik yang provokatif di bahagian timur masjid.

Saksi memaklumkan bahawa para pendatang masuk melalui kawasan Pintu Al-Mugharbah di sebelah barat masjid suci tersebut, dan lebih ramai lagi dijangka akan menceroboh pada waktu petang.

Tindakan provokatif ini dibuat susulan seruan beberapa kumpulan Israel untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa sempena Hari Kemerdekaan Israel.

Hari Kemerdekaan, yang menandakan penubuhan entiti Israel pada tahun 1948, bertepatan dengan peringatan rakyat Palestin terhadap peristiwa Nakbah — merujuk kepada pengusiran besar-besaran rakyat Palestin ketika itu apabila kumpulan Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.

Sejak tahun 2003, Israel membenarkan pendatang haram memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa hampir setiap hari, kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Masjid Al-Aqsa merupakan salah satu daripada tiga tempat suci utama bagi umat Islam di seluruh dunia. Kaum Yahudi pula merujuk kawasan itu sebagai “Temple Mount”, dengan mendakwa ia merupakan lokasi dua kuil Yahudi purba.

Israel telah menjajah Baitulmaqdis Timur, lokasi Masjid Al-Aqsa, sejak Perang Arab-Israel 1967. Ia kemudiannya mengisytiharkan penguasaan ke atas seluruh bandar itu pada tahun 1980 — satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kapal Freedom Flotilla diserang dron Israel berhampiran pulau Malta

Next Post

Peluru berpandu Yaman mengenai Lapangan Terbang Ben Gurion

Related Posts