Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islami, Mohammad al-Hindi mendedahkan bahawa tujuan delegasi gerakan itu melawat Doha adalah untuk mengadakan perbincangan dengan Hamas mengenai fasa kedua pertukaran tahanan.
Dalam kenyataannya kepada Al-Araby Al-Jadeed semasa lawatannya ke Doha, al-Hindi menegaskan bahawa pendirian gerakan itu adalah untuk terus melaksanakan perjanjian pertukaran tahanan yang telah ditandatangani di Doha pada Januari lalu.
Beliau turut menekankan bahawa ancaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta percubaan untuk memanipulasi perjanjian tersebut akan menemui kegagalan.
Delegasi Jihad Islami tiba di Doha beberapa hari lalu bagi mengadakan perbincangan mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara pejuang Palestin dan penjajah Israel.
Dalam beberapa hari terakhir, Kaherah dan Doha telah menjadi tuan rumah pertemuan politik serta rundingan yang turut dihadiri oleh utusan Presiden Amerika Syarikat ke Timur Tengah, Steve Whitkoff, dalam usaha untuk memastikan kelangsungan perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza. – TV Al-Aqsa