Surat mujahidin terowong Gaza buat Syeikh Othman Al-Khamees

Surat Teguran dari Mujahidin di Terowong Gaza kepada Dr. Othman Al-Khamees, Semoga Allah Menjaganya

Dr. Othman, semoga anda dan rakyat Kuwait yang mulia serta tercinta berada dalam keadaan baik, sihat, dan sejahtera. Kuwait yang dermawan dan sentiasa menolong, Kuwait yang penuh keberanian dan semangat, Kuwait yang penuh kasih sayang… Demi Allah, anda adalah mahkota di kepala kami.

Secara ringkasnya, kami sekarang berada dalam dakapan terowong, berjuang demi Allah, Rasul-Nya, dan kiblat pertama umat Islam. Kami bukan berada dalam dakapan Iran!

Kami kini berada dalam dakapan kesejukan dan musim dingin, berjaga di perbatasan Asqalan sambil menghafal kitab-kitab akidah salaf, membaca bersama Matn Al-Wasitiya, Al-Tahawiya, Nuniya Ibn Al-Qayyim, dan Al-Usul Al-Thalatha. Kami juga mendalami fiqh Ahli Sunnah melalui Matn Abi Shuja’ dan Matn Al-Hijawi.

Maka, kami berada dalam dakapan kitab-kitab salafi dan akidah Sunni, bukan dalam dakapan Iran!

Kami berjuang dan berperang di sini kerana kami membaca dalam kitab-kitab empat mazhab Sunni bahawa terdapat ijmak mutawatir, sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, yang berkata:

“Tiada kewajipan yang lebih besar selepas iman selain melawan musuh yang menyerang. Tiada syarat padanya bahkan perlu melawan mengikut kemampuan. Ini adalah ijmak fuqaha.”

Jadi, kami berpegang kepada fiqh yang sahih yang diriwayatkan oleh para imam yang adil, dan kami berlepas diri kepada Allah daripada segala penyimpangan atau fatwa yang menyelisihi mereka!

Kami mengorbankan segala-galanya demi membebaskan tawanan wanita Muslim, kerana kami membaca bahawa Imam Malik berkata:

“Jika musuh menawan seorang Muslim sebagai tawanan, maka tiada gencatan senjata atau perjanjian damai, bahkan wajib ke atas umat Islam untuk membebaskannya.”

Maka bagaimana pula jika di tangan Yahudi terdapat ribuan tawanan, termasuk wanita-wanita Muslimah?

Kami juga membaca bahawa guru anda dan guru kami, Syeikh Ibn Uthaymin, pernah berkata:

“Wajib bagi umat Islam untuk berjihad dan mengorbankan segala-galanya demi membebaskan tawanan Chechnya daripada cengkaman Rusia.”

Dr. Othman,

Jika isteri, anak perempuan, dan ibu anda sendiri menjadi tawanan Yahudi, lalu datang satu kumpulan Muslim membebaskan mereka… apa yang akan anda katakan kepada kumpulan ini?

Adakah anda akan berkata bahawa anda akan berusaha untuk menghancurkan mereka?!

Dr. Othman yang dihormati,

Saya telah membaca kitab anda “Haqbah min Al-Tarikh”, yang membincangkan isu-isu sensitif yang membezakan Ahli Sunnah daripada kelompok lain. Saya dan saudara-saudara saya di sini meyakini setiap isi kandungan buku itu.

Maka, apakah orang yang beriman dengan kitab anda ini boleh dikatakan menyimpang?

Dr. Othman,

Adakah wajar seseorang mengatakan bahawa negara-negara Teluk berada dalam dakapan Amerika, hanya kerana mereka meminta bantuan Amerika dalam peperangan mereka?

Sudah tentu kami tidak mengatakan demikian!

Maka ketahuilah bahawa kerjasama kami dengan Iran sama seperti kerjasama Kuwait dengan tentera Barat untuk mempertahankan negaranya ketika diserang!

Sebelum mengakhiri surat ini:

Ambillah nasihat Syeikh Ibn Uthaymin, ketika seorang lelaki berkata kepadanya semasa perang di Afghanistan:

“Di kalangan pejuang Afghanistan terdapat bid‘ah dan kesesatan.”

Lalu Ibn Uthaymin menjawab:

“Pergilah kepada mereka, berjihad bersama mereka, dan nasihatilah mereka!”

Wahai Dr. Othman, anda telah menyakiti diri anda sendiri dengan kata-kata anda ini.

Saya bimbang anda akan menghadap Allah dengan fitnah besar ini!

Akhir kata:

Anda berkata bahawa anda akan berusaha menghancurkan kumpulan kami selepas perang ini berakhir.

Tetapi saya katakan kepada anda: Jangan susahkan diri anda!

Kerana Trump dan Yahudi telah pun mengambil tugas ini!

Maka jangan bersaing dengan mereka dalam tugas ini!!!

Kami tidak rela anda melakukan tugas ini.

Jika anda menginginkan kehancuran bagi kami, maka kami menginginkan kemakmuran, kemuliaan, kekuatan, dan kebahagiaan untuk anda dan Ahli Sunnah!

Saudaramu dari Gaza, cucu Abu Bakar dan Umar, dari perbatasan Asqalan.

Surat ini telah diterjemah dari penulisan asal dalam bahasa Arab yang dikongsi oleh akaun X @adhamsharkawi – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Presiden Syria: Pengusiran Gaza adalah ancaman kepada seluruh dunia Arab

Next Post

Hamas: Ancaman Trump merumitkan gencatan senjata Gaza

Related Posts