PCOM seru Malaysia terus sokong perjuangan Palestin, tingkatkan kesedaran

Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) hari ini menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan seluruh rakyatnya atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, PCOM menyifatkan pengumuman gencatan senjata baru-baru ini sebagai sinar harapan selepas 471 hari konflik yang memusnahkan, sekali gus memberi peluang untuk mengurangkan penderitaan rakyat Gaza.

“Walaupun gencatan senjata ini merupakan langkah positif, perjuangan untuk keadilan dan pembebasan Palestin harus diteruskan,” kata kenyataan itu.

PCOM menyeru kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat umum di Malaysia supaya terus menyokong perjuangan Palestin, meningkatkan kesedaran mengenai isu tersebut, dan memperjuangkan hak rakyat Palestin yang telah lama tertindas.

“Kita perlu bertindak segera untuk memenuhi keperluan mendesak rakyat Gaza dan mula menghantar konvoi bantuan kemanusiaan kepada mereka,” tambah kenyataan itu.

PCOM turut mengajak rakyat Malaysia untuk mengekalkan solidariti dan keprihatinan terhadap nasib rakyat Palestin, sambil menyifatkan usaha bersama ini sebagai sumber kekuatan kepada saudara mereka di Gaza. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gencatan senjata: Kerja membaiki lintasan Rafah giat dijalankan

Next Post

Ketua Tentera Israel letak jawatan gagal sekat serangan Hamas

Related Posts