Hamas: Pelanggaran terma perjanjian oleh Israel telah diselesaikan

Pergerakan Hamas mengesahkan bahawa isu berkaitan pelanggaran terma perjanjian gencatan senjata oleh pihak penjajah Israel telah berjaya diselesaikan pada awal pagi ini menerusi usaha gigih para perantara.

Menurut Ketua Pejabat Syuhada dan Tahanan Hamas, Zaher Jabarin, pihaknya berusaha keras untuk memastikan penyusunan senarai pertukaran tahanan merangkumi semua faksi dan rakyat Palestin.

“Senarai tahanan yang akan dibebaskan dalam fasa pertama perjanjian ini akan diumumkan oleh Pejabat Tahanan Hamas mengikut prosedur dan tahap yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Gaza atas ketabahan dan sokongan mereka, yang menjadi faktor utama dalam merealisasikan perjanjian pertukaran tersebut.

“Segala penghormatan buat rakyat kita di Gaza atas keteguhan mereka. Kami memohon rahmat Allah kepada para syahid, kesembuhan kepada yang tercedera, dan pembebasan untuk seluruh rakyat Palestin,” katanya.

Hamas turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus memberikan perhatian terhadap isu kemanusiaan yang menimpa tahanan Palestin dan keperluan mendesak untuk menghentikan kezaliman penjajah Israel. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri Agama: Umat Islam digesa terus hulur bantuan kepada rakyat Palestin

Next Post

Tafsir Surah Al-Isra’ dan Geopolitik Palestin

Related Posts