Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang

Penduduk Palestin melihat kemusnahan bangunan susulan serangan Israel di Deir al-Balah, Semenanjung Gaza, 8 Jan 2025. (Foto AP)

Tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, yang mengakibatkan 70 orang awam terbunuh dan 104 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), angka kematian sejak permulaan tindakan agresif Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita. Kira-kira 109,378 orang lagi cedera.

Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya, kerana ambulans dan pasukan pertahanan awam menghadapi kesukaran untuk melakukan misi menyelamat disebabkan serangan Israel yang berterusan, runtuhan yang banyak, serta kekurangan bahan api dan peralatan berat. – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ahli Parlimen UK desak Duta Israel diusir

Next Post

Dinamika hubungan para ulama Syria dan HTS

Related Posts