Yahya Sinwar syahid bertempur sehingga nafas yang terakhir

Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Perkara itu disahkan oleh anggota biro politik Hamas Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Briged al-Qassam Hamas pada Jumaat.

“Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas yang terakhir,” katanya.

Pada Khamis media antarabangsa melaporkan Yahya Sinwar terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 181,000 kanak-kanak divaksin dalam kempen polio di tengah Gaza

Next Post

Al-Qassam: Kami berbangga mempersembahkan pemimpin sebagai syuhada

Related Posts