Hujan lebat, khemah di Gaza ditelenggami air

Kira-kira dua juta penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal akibat perang Israel kini perlu bersiap sedia menghadapi musim sejuk kedua di bawah rejim haram. 

Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Gaza sudah menenggelamkan khemah, memburukkan lagi keadaan yang sudah kritikal bagi rakyat Palestin.

Penduduk di kem pelarian Al-Nuseirat, Ahmed Al-Burai, berkata, orang ramai membuat khemah mereka daripada guni tepung terpakai, pakaian usang, dan beg nilon.

Namun, apabila hujan, air dan angin menerbangkan banyak khemah dan membanjiri yang lain.

Katanya, hujan lebat juga menyebabkan khemah ditenggelami air, dan mereka tidak menerima sebarang kanvas kalis air atau bekalan daripada organisasi antarabangsa. 

“Hujan turun dan inilah hasilnya. Apa yang akan kami lakukan jika hujan berlarutan selama beberapa hari? Tiada daya bagi kami. 

“Tiada tempat selamat atau sesuai untuk kami pergi, tiada rumah… Semuanya musnah kerana Israel. 

“Kami juga tidak mempunyai ubat untuk anak-anak apabila mereka jatuh sakit,” kata Kobi. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Erdogan: Netanyahu mesti dihentikan oleh ‘gabungan kemanusiaan’

Next Post

UNGA: Pemimpin dunia gesa elak perang berskala penuh di Lubnan

Related Posts