Perwira berjaya agihkan 100,000 keping roti kepada 20,000 rakyat Gaza

Kelab Perwira Malaysia (Perwira) berjaya mengagihkan bantuan 100,000 keping roti kepada 20,000 rakyat Gaza yang kini diancam kebuluran akibat peperangan berterusan sejak Oktober, tahun lalu.

“Syukur alhamdulillah 50,000 keping roti berjaya diagihkan lagi kepada 10,000 orang saudara kita di Gaza berturut-turut pada baki fasa kedua bertarikh 11 Ogos hingga 20 Ogos 2024.

“Ini menjadikan jumlah Fasa Kedua misi Infaq Gandum Mega dari 11 hingga 20 Ogos berjaya mengagihkan 100,000 keping roti kepada 20,000 rakyat Gaza yang sentiasa menantikan khabar gembira ini,” katanya.

Sukarelawan Perwira memberitahu, penduduk di Gaza menunjukkan rasa terlalu gembira ketika wakil Perwira datang membawa roti-roti kepada mereka.

“Setiap hari Perwira berusaha mencari saudara kita di setiap pelosok runtuhan di sana untuk sampaikan kiriman roti kiriman infaq gandum kita semua.

“Mungkin hari ini bila kita dapat makan roti, kita rasa roti itu menu yang biasa-biasa saja. Tetapi apabila roti itu sampai ke tangan saudara kita di Gaza betapa besar nikmatnya mereka rasa hingga menitik air mata memanjat kesyukuran,” katanya.

Untuk itu, Perwira merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berkongsi rezeki bersama pejuang-pejuang Gaza untuk terus bertahan hidup di tanah air mereka.

Kelab Perwira Malaysia merupakan sebuah platform bagi melahirkan barisan sukarelawan dan tenaga mahir serta bantuan keperluan asas dalam berhadapan bencana. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

WHO: Hamas, Israel setuju henti sementara pertempuran untuk kempen vaksinasi polio

Next Post

Kenapa Palestin belum merdeka?

Related Posts