Hamas setuju peta jalan fasa kedua pelan Trump berkaitan Gaza

Hamas menyatakan persetujuan terhadap peta jalan bagi fasa kedua pelan Trump berkaitan Gaza, termasuk usaha mencapai gencatan senjata kekal dan pengunduran penuh tentera penjajah Israel dari Semenanjung Gaza. Peta jalan itu dikemukakan oleh Penyelaras Lembaga Keamanan, Nikolay Mladenov bersama pihak pengantara.

Dalam kenyataan pada Ahad, Hamas berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kepentingan rakyat Palestin serta bagi memastikan bantuan kemanusiaan segera dan berterusan, permulaan tugas jawatankuasa pentadbiran, pembinaan semula Gaza serta pelaksanaan komitmen lain yang telah dipersetujui.

Delegasi kepimpinan Hamas yang diketuai Ketua Biro Politik Hamas, Dr Khalil al-Hayya mengadakan pertemuan dengan delegasi pihak pengantara dan penjamin perjanjian gencatan senjata di Gaza menerusi usaha mediasi Mesir.

Menurut Hamas, pihaknya dan kumpulan pejuang Palestin telah melaksanakan sepenuhnya perjanjian gencatan senjata fasa pertama yang dicapai di Sharm el-Sheikh, termasuk proses pertukaran tahanan dan jenazah serta penghentian operasi ketenteraan.

Bagaimanapun, Hamas mendakwa Israel gagal memenuhi komitmennya dalam fasa pertama, selain meneruskan peningkatan operasi ketenteraan dan memburukkan keadaan kemanusiaan di Gaza.

“Hamas dan kumpulan pejuang telah melaksanakan sepenuhnya perjanjian gencatan senjata pada fasa pertama… namun pihak penjajah tidak mematuhi pelaksanaan fasa tersebut,” menurut kenyataan itu.

Hamas turut mendakwa Israel secara terbuka menolak peta jalan bagi fasa kedua berkenaan.

Sehubungan itu, Hamas menggesa pihak pengantara dan Majlis Keamanan supaya memastikan Israel memenuhi semua komitmennya dalam fasa pertama, menghentikan pelanggaran, pembunuhan dan pencerobohan serta menerima peta jalan fasa kedua.

Hamas turut menyeru supaya jadual pelaksanaan bagi fasa kedua segera ditetapkan.

Dalam pada itu, Hamas menghargai peranan Trump dalam mencapai perjanjian gencatan senjata di Sharm el-Sheikh serta menghasilkan peta jalan bagi fasa kedua.

Hamas berharap Trump meneruskan usaha bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin serta memastikan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas akan sertai pilihan raya bersama gabungan nasional

Related Posts