Hamas: Amerika ‘membeli masa’ untuk genosid Israel

Jurucakap Hamas, Osama Hamdan berkata kumpulan Palestin tersebut akan mematuhi rancangan gencatan senjata yang sebelum ini dicadangkan oleh Presiden AS Joe Biden, sambil menambah Washington sedang membeli masa untuk rejim Netanyahu meneruskan genosid di Gaza.

“AS hanya membeli masa untuk Israel meneruskan genosid,” kata Hamdan kepada Al Jazeera selepas Setiausaha Negara AS Antony Blinken mendakwa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi jaminan kepadanya menyokong cadangan AS untuk merapatkan jurang pada gencatan senjata Gaza.

“Pihak Israel telah berundur daripada isu yang termasuk dalam cadangan Biden. Perbincangan Netanyahu tentang bersetuju dengan cadangan yang dikemas kini menunjukkan bahawa pentadbiran AS gagal meyakinkannya untuk menerima perjanjian sebelumnya,” kata Hamdan kepada penyiar media yang beribu pejabat di Qatar itu. – TRT World

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas, Jihad Islam umum operasi ‘istisyhad’ di Tel Aviv

Next Post

Lebih 16,400 kanak-kanak dibunuh Israel di Gaza sejak 7 Oktober

Related Posts