PBB: Israel masih sekat bekalan minyak ke Semenanjung Gaza

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.

“Pihak berkuasa Israel masih tidak membenarkan penghantaran minyak yang diperlukan kepada petugas kemanusiaan, oleh itu pengagihan makanan terjejas,” lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.

Dujarric berkata bahawa “satu serangan berlaku 100 meter dari pusat operasi bantuan kemanusiaan dijalankan di Deir al-Balah.”

Beliau menegaskan meskipun berdepan situasi getir, operasi bantuan kemanusiaan tetap diteruskan. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza perlu 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel

Next Post

Kelab Perwira Malaysia berjaya bina telaga baharu untuk penduduk utara Gaza

Related Posts