Baru-baru ini tersebar luas berita mengatakan “Rafah is Gone”. Saya tertarik untuk mengatakan bahawa perkara ini sebenarnya tidak tepat.
Buktinya sampai ke hari ini masih ada barisan pejuang yang berada di dalam terowong Rafah berjuang demi mempertahankan maruah.
Diberitakan bahawa beberapa minggu lepas, seorang pejuang terkepung di dalam salah satu terowong di Rafah.
Beliau telah menahan derita kelaparan, keletihan dan sekatan yang menyesakkan dalam tempoh yang agak lama.
Tiada bekalan air, tiada makanan dan tiada secebis pun sinar harapan yang kelihatan.
Akhirnya, beliau membuat satu keputusan muktamad.
Tindakannya ini bukanlah untuk menyerah diri, tetapi untuk bertempur.
Beliau keluar dengan sebilah kapak, alat yang selama ini digunakan untuk kerja-kerja penggalian.
Beliau telah menunggu di laluan sebuah rondaan tentera penjajah dengan penuh kesabaran sebelum menyerbu dengan berbekalkan saki baki kekuatan yang ada.
Meskipun keletihan, kelaparan dan meskipun tidak bersenjata berhadapan tentera yang lengkap dengan persenjataan moden.
Beliau tetap berjaya mencederakan beberapa anggota tentera musuh dengan sehingga menyebabkan beberapa orang maut sebelum ditembak bertubi-tubi dan gugur syahid di tempat kejadian.
Lebih mengejutkan, salah seorang tentera itu sendiri sempat memuat naik berita kejadian tersebut di akaun peribadinya, mengakui ada yang terbunuh di pihak mereka, namun selepas beberapa minit telah memadamkannya semula.
Berita itu cuba disenyapkan sehingga akhirnya didedahkan oleh akhbar Yedioth Ahronoth.
Seorang pejuang yang hanya berbekalkan kapak. Ya benar dengan hanya kapak, tetap teguh berjuang biarpun berhadapan dengan musuh nombor satu dunia!
Kita sebagai seorang merdeka perlu mencontohi pejuang ini dalam memepertahan maruah dan tanah air, bukan hanya tunduk mengikut kemahuan musuh.
Ya Allah, kuatkan dan bantulah pemuda-pemuda yang terperangkap di dalam terowong ini.
Ahmad Muntaha Zainal Bahrin
Penyelidik Dunia PaIestin