Nader Sadaqa: Yahudi Palestin yang memilih jalan muqawamah

Nader Mamdouh Saleh Sadaqa, mungkin satu nama yang asing bagi kita, tetapi tidak asing lagi dalam perjuangan rakyat PaIestin. Seorang Yahudi Samaria Palestin dari Nablus dan bekas komander Briged Abu Ali Mustafa akhirnya mengecapi kebebasan setelah lebih dua dekad dipenjarakan oleh rejim Ziōnis.

Beliau dibebaskan melalui pertukaran tahanan terbaru antara Hāmās dan penjajah Israel yang menukarkan 20 tentera Israel dengan hampir 2,000 orang tahanan PaIestin. Nader, 47 tahun adalah antara tokoh luar biasa dalam sejarah gerakan tahanan PaIestin.

Dilahirkan di Nablus pada 1977, beliau dibesarkan di Gunung Gerizim, lokasi yang dianggap suci bagi komuniti Samaria dan dikenali kerana menggabungkan akar agama yang mendalam dengan identiti nasional Palestin yang kuat. Nader belajar sejarah dan arkeologi di Universiti An-Najah, Nablus. Minatnya terhadap sejarah PaIestin membentuk kesedaran politiknya sejak muda. Beliau menyertai Popular Front for the Liberation of PaIestine (PFLP) sebagai aktivis pelajar.

Beliau kemudiannya menjadi komander tempatan dalam sayap bersenjata PFLP, Briged Abu Ali Mustafa, semasa Intifada Kedua. Dikenali rakan-rakannya kerana disiplin dan kecerdikan, Nader memimpin beberapa operasi muqawamah terhadap pemeriksaan tentera penjajah lsraeI termasuk operasi di pos pemeriksaan Hamra di Lembah Jordan.

Pada 17 Ogos 2004, setelah diburu selama dua tahun, beliau ditangkap oleh pasukan penjajah di Kem Pelarian Al-Ain, Nablus. Mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman enam kali penjara seumur hidup ditambah 45 tahun lagi, menuduh beliau mengetuai operasi muqawamah terhadap tentera penjajah lsraeI.

Semasa soal siasat di penjara terkenal Petah Tikva, Nader mengalami penyeksaan fizikal dan mental selama berbulan-bulan, namun tetap dengan pendiriannya untuk enggan mengaku bersalah. Kisah Nader menggugat stereotaip lsraeI terhadap komuniti Samaria PaIestin, sebuah komuniti kecil yang sering digambarkan sebagai ‘hidup berdampingan secara aman’ dengan penjajah.

Nader, seorang Samaria PaIestin yang memilih jalan muqawamah, menukar naratif itu sepenuhnya. Pegawai penjajah lsraeI menamakannya sebagai Samaria jahat, manakala rakyat PaIestin melihatnya sebagai bukti bahawa identiti nasional.

lsraeI bahkan pernah menolak membebaskannya dalam pertukaran tahanan terdahulu kerana khuatir kisahnya akan memberi inspirasi kepada orang lain, termasuk dalam kalangan Yahudi yang menentang penjajahan dan menyokong hak PaIestin.

Di dalam penjara, Nader mendapat gelaran al-Mufakkir (pemikir). Beliau menjadikan sel penjaranya sebagai ruang kuliah, mengajar rakan-rakan tahanan mengenai sejarah PaIestin, identiti bangsa dan makna sebenar kebebasan. Tulisan-tulisannya diseludup keluar dan disiarkan secara rahsia dalam akhbar Palestin dan laporan hak asasi manusia.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan dan kesedaran adalah bentuk muqawamah yang paling berkesan dan sering berkata kepada rakan-rakan tahanan:

“Kebebasan bukan hadiah. Ia adalah kebenaran yang menanti untuk direalisasikan.”

Selepas 21 tahun di sebalik jeriji, nama Nader Sadaqa akhirnya muncul dalam senarai tahanan yang dibebaskan dalam pertukaran tahanan Taufan al-Ahrar yang dimeterai oleh Hāmās.
Keluarganya di Gunung Gerizim menggambarkan saat pembebasan itu sebagai keajaiban selepas penantian yang tiada penghujungnya.

Namun, pihak berkuasa penajajah lsraeI melarang beliau pulang ke rumahnya di Nablus dan merancang untuk mengasingkannya dari Tebing Barat, bagi menghapuskan pengaruh simboliknya dalam masyarakat. Rejim Ziōnis bimbang kisah seorang Samaria yang menjadi pejuang muqawamah akan menjejaskan propaganda mereka sendiri.

Komuniti Samaria Palestin ialah salah satu kelompok agama tertua dan terkecil di dunia. Mereka berbeza daripada Yahudi lain kerana mempercayai bahawa Gunung Gerizim, bukan Baitulmaqdis adalah lokasi tempat suci sebenar. Mereka menyimpan versi Taurat tertua di dunia, berusia kira-kira 3,500 tahun dan menganggapnya paling asli. Mereka menolak gelaran Yahudi dan mendakwa bahawa mereka adalah pengikut sebenar Nabi Musa.

Hari ini, komuniti Samaria berjumlah sekitar 785 orang. Kira-kira 385 tinggal di Gunung Gerizim (Nablus), manakala 400 lagi di Holon, wilayah yang kini dijajah Israel. Walaupun kecil, mereka hidup harmoni bersama masyarakat Palestin, bertutur dalam bahasa Arab, berkongsi dialek dan adat sosial yang sama serta menolak usaha lsraeI untuk memindahkan mereka ke wilayah jajahan.

Sepanjang hidupnya, Nader menggabungkan akar agama dan identiti nasional PaIestin dalam jiwa perjuangan. Beliau menolak naratif perpecahan dan menjadi bukti bahawa perjuangan Palestin melangkaui sempadan agama dan etnik.

Selepas pembebasannya, ketika ditanya tentang Gāzā, beliau berkata:

“Gāzā yang berbicara. Gāzā yang memimpin. Gāzā yang kembali. Gāzā yang memberi manfaat. Tiada suara selain suaranya dan tiada bayang selain bayangnya. Aku telah menghabiskan 22 tahun di dalam penjara dan dijatuhkan hukuman enam kali penjara seumur hidup.

Seseorang bertanya kepadaku, ‘Apa pesananmu kepada pihak pejuang muqawamah?’
Jawapanku ialah pejuang muqawamahlah yang berbicara, yang menyerang dan yang menang. Dialah yang berkehendak, yang unggul dan yang bertindak.

Tiada suara yang mengatasi suaranya. Bahkan tiada suara selain suaranya. Tiada kenyataan selain kenyataannya dan tiada bayangan selain bayangannya, dan segala yang dituntut daripada kita golongan yang bebas di dunia ini alah untuk mendengar dan taat.”

Hari ini, Nader Mamdouh Saleh Sadaqa berdiri sebagai simbol perpaduan dan muqawamah terhadap penjajahan, bukti bahawa walaupun seseorang dari komuniti minoriti kecil mampu memainkan peranan besar dalam sejarah pembebasan Palestin.

Akhirnya, pada hari pembebasannya yang sepatutnya menjadi detik paling bermakna buatnya di mana dapat berjumpa keluarga terbantut apabila apabila penjajah Israel menghalangnya daripada kembali ke Nablus dan mengusirnya ke Mesir.

Ringkasnya, kisah Nader Sadaqa bukan sekadar kisah pembebasan seorang tahanan, tetapi kisah kemenangan jiwa PaIestin yang menolak untuk tunduk kepada penjajahan dan rasisme.
Dari Gunung Gerizim hingga ke sel penjara. Dari keheningan Mesir hingga gema perjuangan Gāzā, nama Nader kini hidup sebagai simbol kebebasan rakyat PaIestin.

Ahmad Muntaha Zainal Bahrin
Penyelidik Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apabila minda muqawamah mengatasi keangkuhan teknologi musuh

Next Post

Gabenor Baitulmaqdis beri amaran Masjid al-Aqsa di ambang keruntuhan

Related Posts