Mahmoud Al-‘Ardah: Pemimpin Operasi Terowong Kebebasan

Mahmoud Abdullah Al-‘Ardah, lebih dikenali sebagai pemimpin Pemimpin Operasi Terowong Kebebasan (عملية نفق الحرية), merupakan salah seorang pejuang PāIestin yang berani dan berdedikasi.

Sepanjang hayatnya, beliau telah menjadi simbol ketabahan dan keberanian dalam menentang penjajahan Ziōnis. Beliau dilahirkan pada 8 November 1975 dan membesar di Arraba, sebuah kawasan di Jenin.

Sejak remaja, Mahmoud telah mula aktif dalam perjuangan Palestin, terutamanya ketika Intifada Pertama 1987, di mana semangatnya untuk menegakkan hak rakyat PāIestin mula terserlah.

Aktiviti-aktiviti muqawamah yang dilakukan Mahmoud menyebabkan beliau ditahan buat kali pertama pada tahun 1992 atas tuduhan menyasarkan jip dan rondaan tentera penjajah dengan bom Molotov.

Semasa dalam tahanan, beliau menyertai Pergerakan Jihād lsIam Pālestin (PIJ) dan menjadi salah seorang anggotanya sebelum dibebaskan pada tahun 1996.

Gerakan ini aktif dalam menjalankan pelbagai operasi menentang pasukan penjajah serta pendatang haram di Tebing Barat dan wilayah PāIestin yang dijajah.

Namun, hanya lapan bulan selepas pembebasannya, Mahmoud ditangkap semula oleh tentera penjajah atas dakwaan menembak seorang pegawai tentera penjajah yang menceroboh kawasan Salfit.

Beliau juga didakwa telah menyembunyikan pemimpin AI-Syahid Saleh Tahaineh yang sebelum itu berjaya melarikan diri dari penjara penjajah.

Ketika itu, beliau telah dijatuhkan hukuman 99 tahun penjara, menandakan permulaan tempoh penahanan yang panjang dan penuh dugaan.

Sepanjang penahanannya, Mahmoud telah beberapa kali cuba melarikan diri termasuk pada tahun 2001, 2011 dan 2014. Beliau dituduh menggali terowong untuk melarikan diri dari penjara Shata.

Setiap percubaan ini membawa kesan yang serius. Akibatnya, beliau berulang kali ditempatkan dalam pengasingan dan menjadi sasaran penyeksaan fizikal serta psikologi yang teruk pegawai penjara penjajah.

Walaupun berada dalam tahanan yang kejam, semangat Mahmoud untuk menuntut ilmu tidak pernah padam.

Beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda menjadikannya contoh seorang tahanan yang tetap menimba ilmu walaupun berada dalam penjara Ziōnis.

Mahmoud juga muncul sebagai pemimpin utama dalam gerakan tahanan PāIestin, memainkan peranan penting dalam merancang dan menyusun strategi bagi Operasi Terowong Kebebasan iaitu satu operasi yang akhirnya menjadi simbol kebebasan dan keberanian rakyat Palestin.

Pada 6 September 2021, Mahmoud Abdullah Al-Ardah dan lima rakannya mencipta sejarah apabila mereka berjaya melarikan diri dari penjara Gilboa melalui terowong yang mereka gali sendiri.

Kejayaan luar biasa ini menjadi mercu tanda perjuangan rakyat PāIestin, menunjukkan bahawa ketabahan, keberanian dan perancangan strategik mampu menentang kekejaman penjajah yang telah menindas mereka selama bertahun-tahun.

Antara ungkapan yang pernah disebutkan Mahmoud Abdullah Al-‘Ardah ketika di dalam tahanan:

“Allah tidak akan bertanya kepadamu mengapa kamu tidak menang atau mengapa kamu tidak berjaya, tetapi Dia akan bertanya mengapa kamu tidak berusaha?

Apabila aku kembali ke selku, aku tidak kisah lagi apa yang berlaku selepas itu, kerana aku yakin bahawa dalam lima hari terakhir ini aku telah hidup seolah-olah aku benar-benar bebas.

Dua sayap yang aku gunakan untuk terbang di langit Palestin selama lima hari itu tidak akan mampu dirampas oleh mana-mana negara di bumi, mahupun oleh mana-mana kekuatan yang ada.

Aku telah mencapai impian yang jauh itu dan itu sudah memadai dan memang sudah mencukupi.

Tahun-tahun mendatang di balik dinding-dinding ini tidak akan mampu mengubah apa-apa dalam hidupku.

Tidak akan meninggalkan kesan melainkan sebesar lubang kecil yang melaluinya kami pernah melihat langit tinggi tanpa sesiapa pun berhak memantau kami.”

Selepas kejayaan berani itu, Mahmoud akhirnya dibebaskan dalam Perjanjian Taufan al-Ahrar, menamatkan 32 tahun penahanan yang penuh dengan penderitaan dan pengorbanan. Beliau juga telah dibuang ke Mesir bersama 153 orang tahanan lain.

Walaupun telah melalui penyeksaan, pengasingan dan kehilangan kebebasan selama lebih tiga dekad, beliau kekal menjadi simbol ketabahan, kesetiaan dan perjuangan PāIestin, meninggalkan legasi besar bagi generasi PāIestin masa kini.

Kisah hidup Mahmoud Abdullah Al-‘Ardah bukan sekadar cerita tentang seorang tahanan, tetapi merupakan ikon sumud (keteguhan jiwa), keberanian dan inspirasi bagi seluruh rakyat Palestin khususnya bagi mereka yang terus berjuang menentang penjajahan dan penindasan.

Ahmad Muntaha Zainal Bahrin
Penyelidik Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Trump akui beri senjata, puji jenayah genosid Netanyahu di Knesset

Next Post

Marwan Barghouti patah tulang rusuk selepas diserang di penjara Israel

Related Posts