Israel didakwa belanja AS$46.5 juta bagi mempengaruhi naratif sistem AI

Israel didakwa membelanjakan AS$46.5 juta bagi membiayai kempen digital yang bertujuan mempengaruhi cara sistem kecerdasan buatan (AI) menjawab soalan berkaitan genosid di Gaza, menurut laporan yang diterbitkan oleh Drop Site News.

Laporan itu mendakwa Israel telah mengupah syarikat Clock Tower X yang diasaskan bekas pengurus kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Brad Parscale, untuk membangunkan rangkaian laman sesawang yang mempromosikan naratif pro-Israel serta mempengaruhi platform AI seperti ChatGPT, Claude, Gemini dan Perplexity.

Menurut laporan berkenaan, Clock Tower X menghasilkan ratusan artikel yang disiarkan di beberapa laman sesawang dengan memfokuskan kepada genosid di Gaza, operasi ketenteraan Israel dan hubungan Amerika Syarikat-Israel.

Laporan itu menyatakan kandungan tersebut direka bagi mempengaruhi jawapan yang dijana model bahasa besar (LLM) melalui teknik yang dikenali sebagai “LLM poisoning”, iaitu menghasilkan kandungan yang mudah dicari oleh enjin carian dan seterusnya digunakan oleh sistem AI.

Walaupun laman-laman berkenaan mencatat jumlah pembaca yang rendah, ia didakwa diwujudkan khusus untuk diakses oleh enjin carian dan sistem latihan AI.

Antara laman sesawang yang dinamakan ialah Allyvia.org, FactSignal.org dan Paxpoint.org, yang memaparkan kandungan menyokong kerjasama ketenteraan Amerika Syarikat-Israel, mempertahankan operasi genosid Israel di Gaza serta menolak pelbagai dakwaan terhadap tindakan tenteranya.

Drop Site News turut melaporkan beberapa sistem AI telah merujuk kandungan daripada laman-laman tersebut dalam jawapan yang dijana, manakala kandungan rangkaian itu juga didakwa telah dimasukkan ke dalam pangkalan data latihan AI melalui Common Crawl, arkib web yang digunakan secara meluas oleh pembangun model bahasa besar. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Genosid di Gaza masih berterusan walaupun terdapat gencatan senjata

Related Posts