Taufan al-Aqsa kembalikan isu Palestin kepada perhatian dunia

Setiausaha Agung Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang juga bekas Perdana Menteri Maghribi, Abdelilah Benkirane menyatakan bahawa tindakan yang dilancarkan oleh Hamas di kawasan berhampiran Gaza pada 7 Oktober 2023 telah mengembalikan semula isu Palestin ke pusat perhatian dunia.

Benkirane berkata tanpa operasi Taufan al-Aqsa, kemungkinan besar isu Palestin sudah “ditutup dan dilupakan”. Beliau menyampaikan pandangan itu dalam pertemuan bersama kepimpinan wilayah PJD di Marrakech-Safi pada Ahad.

Menurutnya, perkara itu berkait rapat dengan “doktrin Zionis” yang dibina atas naratif bahawa tanah Palestin merupakan “bumi tanpa rakyat bagi rakyat tanpa bumi”, satu kepercayaan yang menurutnya menafikan kewujudan rakyat Palestin.

Beliau menegaskan bahawa pihak penjajah Zionis “tidak boleh dipujuk atau dirunding”, kerana matlamat mereka ialah menghapuskan segala yang berkaitan dengan Palestin dan rakyatnya.

Mengulas lanjut, Benkirane memuji apa yang digambarkannya sebagai “ketajaman akal, keimanan setinggi gunung serta keberanian luar biasa” yang mendorong pemimpin Hamas, termasuk Yahya al-Sinwar dan Mohammed Deif, melancarkan serangan tersebut. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel lulus bajet $630 juta untuk kempen propaganda hasbara

Next Post

Briged al-Quds umum pemulangan mayat terakhir tahanan Israel

Related Posts