Israel lulus bajet $630 juta untuk kempen propaganda hasbara

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich dan Menteri Luar, Gideon Saar telah bersetuju memperuntukkan NIS 2.35 bilion bagi tujuan hasbara, atau apa yang disebut sebagai kempen “diplomasi awam”, dalam bajet tahun 2026.

Menurut Roya News, peruntukan bersamaan kira-kira $630 juta ini menunjukkan peningkatan dramatik dalam dana yang digunakan untuk mempromosikan naratif dan kepentingan Israel di peringkat global.

Bajet tersebut, termasuk NIS 1 bilion yang telah pun diluluskan kerajaan, akan menyokong pelbagai inisiatif untuk mengangkat imej Israel di arena antarabangsa.

Antara usaha utama termasuk kempen media sosial, kerjasama dengan pertubuhan masyarakat sivil, serta penganjuran delegasi pemimpin antarabangsa, ahli politik, dan pempengaruh untuk melawat Israel.

Saar berkata program-program ini akan menggunakan teknologi canggih, strategi digital, dan pendekatan komunikasi kreatif bagi menangkis naratif yang dianggap memusuhi mereka.

Israel juga akan menubuhkan sebuah “unit diplomasi awam” khusus di bawah kementerian luar untuk menyelaras semua usaha hasbara.

“Pelaburan dalam peperangan kesedaran ini sama seperti pelaburan dalam pesawat, bom, dan sistem pemintas,” kata Saar, menyifatkan peningkatan dana ini sebagai suatu “kejayaan besar”.

Namun, para pengkritik mengecam langkah ini sebagai usaha untuk memutihkan jenayah perang di Gaza, yang telah mencetuskan bantahan hebat selama dua tahun dan mengubah pandangan masyarakat dunia secara besar-besaran, setelah lebih 70,000 penduduk terbunuh di wilayah terkepung itu.

Pengkritik dalam negara, termasuk ketua pembangkang Yair Lapid, turut mengecam bajet 2026, yang mana peruntukan hasbara merupakan kandungan utamanya sebagai “menghancurkan kelas pertengahan” melalui kenaikan cukai dan peningkatan kos sara hidup, yang boleh meningkatkan perbelanjaan keluarga bekerja sehingga NIS 1,000 sebulan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kumpulan militia di Gaza mula menyerah diri kepada Hamas

Next Post

Taufan al-Aqsa kembalikan isu Palestin kepada perhatian dunia

Related Posts