Turkiye tutup ruang udara kepada Israel serta larang kapal berlabuh

Turkiye mengumumkan penutupan ruang udaranya kepada pesawat Israel serta melarang kapal Israel berlabuh di pelabuhan negara itu, sebagai bantahan terhadap perang berterusan di Gaza.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan berkata langkah tegas itu mencerminkan pendirian Ankara yang tidak berkompromi terhadap kekejaman yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin.

“Kami telah menutup ruang udara kepada pesawat Israel dan melarang kapal mereka berlabuh di pelabuhan Turkiye,” katanya pada sidang luar biasa Parlimen Turkiye mengenai Gaza pada Jumaat.

Menurut Fidan, Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza sejak dua tahun lalu tanpa menghiraukan nilai-nilai kemanusiaan asas di depan mata dunia.

Turkiye sebelum ini menamatkan perdagangan langsung dengan Israel pada Mei tahun lalu sambil mendesak gencatan senjata kekal dan kemasukan segera bantuan kemanusiaan. Pada 2023, nilai dagangan antara kedua-dua negara mencecah AS$7 bilion.

Presiden Recep Tayyip Erdogan turut konsisten menyifatkan tindakan Israel di Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menyamakan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler, pemimpin Nazi Jerman.

Dalam satu kenyataan, Hamas menghargai tindakan terkini Turkiye serta menggesa negara-negara Arab, Islam dan seluruh dunia untuk meningkatkan lagi langkah-langkah hukuman terhadap entiti Zionis dengan memutuskan semua bentuk hubungan dengannya dan mengasingkannya. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas bukan pengganas, tetapi gerakan menentang penjajahan

Next Post

Deklarasi Istanbul sokong penentangan bersenjata Palestin terhadap Israel

Related Posts