Hamas bukan pengganas, tetapi gerakan menentang penjajahan

Hamas tidak boleh dilabel sebagai kumpulan pengganas di sisi undang-undang antarabangsa kerana ia merupakan gerakan penentangan terhadap penjajahan, kata Pengarah Centre for Counter Hegemonic Studies, Dr. Tim Anderson.

Beliau menjelaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak pernah mengisytiharkan Hamas sebagai kumpulan pengganas, sebaliknya hanya beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Kanada mengambil pendirian tersebut.

“Sejak 1967, Israel diiktiraf sebagai kuasa penjajah di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. Berdasarkan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, rakyat di bawah penjajahan mempunyai hak yang sah untuk menentang, termasuk melalui senjata,” katanya.

Menurut beliau, hak itu turut diperuntukkan dalam resolusi PBB serta Konvensyen Geneva yang tidak menjenayahkan penentangan bersenjata selagi undang-undang peperangan dipatuhi.

Anderson menegaskan, Hamas merupakan aktor politik yang mendapat mandat rakyat apabila memenangi pilihan raya pada 2006, dan tidak wajar ditafsir semata-mata melalui label keganasan.

Sementara itu, ahli falsafah dari Universiti Berkeley, Amerika Syarikat, Judith Butler turut dipetik sebagai berkata penentangan bersenjata di bawah penjajahan “tidak boleh dituduh sebagai keganasan”, sebaliknya perlu dilihat kepada akar isu iaitu penjajahan dan kolonialisme.

Menurut Anderson, Israel menggunakan istilah “pengganas” sebagai strategi politik dan media untuk menutup isu penjajahan dan apartheid, membenarkan serangan ke atas orang awam di Gaza serta mengkriminalkan penentangan Palestin dalam pelbagai bentuk, sama ada bersenjata atau aman. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kesatuan Ulama seru khutbah Jumaat 29 Ogos ini dikhususkan untuk Gaza

Next Post

Turkiye tutup ruang udara kepada Israel serta larang kapal berlabuh

Related Posts