Malaysia bakal meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin

Malaysia bakal menandatangani memorandum persefahaman (MOU) berkaitan kerjasama perdagangan serta ekonomi dengan Palestin, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sambil memaklumkan bahawa Jemaah Menteri mempersetujui perkara itu, beliau berkata, pihaknya telah menerima kunjungan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, di Menara MITI, pada pagi Isnin.

“Malaysia komited membantu Palestin membangunkan semula ekonominya yang lumpuh.

“MoU itu akan saya tandatangani bagi pihak Kerajaan Malaysia bersama rakan sejawat dari Palestin,” katanya dalam hantaran melalui media sosial beliau.

Tengku Zafrul berkata, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Palestin pada 2023 meningkat sebanyak 52.1 peratus atau RM20.8 juta berbanding pada 2022.

Beliau berkata, perdagangan antara kedua-dua negara akan meningkat susulan pemeteraian MoU itu nanti.

“Kita juga akan menubuhkan Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-Palestin untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Segala usaha ini mencerminkan sokongan Malaysia terhadap usaha pembangunan dan kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya

Beliau berkata, kerajaan komited menyokong perjuangan rakyat Palestin dan akan terus bekerjasama dengan negara-negara sahabat untuk mencari penyelesaian yang adil serta berkekalan bagi isu Palestin. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Genosid Subuh Gaza: Anggota mayat dikumpul dalam plastik

Next Post

84% kawasan di Gaza dalam arahan pemindahan Israel

Related Posts