Israel tamatkan kerjasama dengan UNRWA

Israel menamatkan kerjasamanya dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), umum duta Israel ke PBB Danny Danon, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Berikutan undang-undang mengenai UNRWA, kami secara rasmi memaklumkan kepada presiden Perhimpunan Agung mengenai penamatan kerjasama dengan organisasi itu,” kata diplomat berkenaan dalam satu kenyataan.

Seminggu lalu, parlimen Israel meluluskan dua rang undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada berhubung dengan agensi PBB itu, yang merupakan penyedia utama bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu secara efektif menjejaskan usaha agensi berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turkiye kekal gantung perdagangan dengan Israel

Next Post

Iran sedia ubah respons jika Israel setuju gencatan senjata Gaza

Related Posts