Pembebasan Palestin fokus utama Forum Kuala Lumpur ke-7

Forum Kuala Lumpur Ke-7 berlangsung di Istanbul dengan penyertaan tokoh terkemuka dari pelbagai negara, termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin Hamas, Osama Hamdan.

Bertemakan “Palestin Pemangkin Kebangkitan Tamadun,” forum ini menekankan isu pembebasan Palestin serta cabaran politik dan ekonomi yang dihadapi dunia Islam.

Forum yang dianjurkan bersama pertubuhan antarabangsa dari Algeria dan Turki ini bertujuan merumuskan strategi memperjuangkan Palestin serta membina solidariti umat Islam global.

Perbincangan turut meliputi kesan peristiwa “Taufan Al-Aqsa” dan agenda Israel di peringkat antarabangsa.

Osama Hamdan

Setiausaha Agung Forum, Abd al-Razzaq Maqri, menekankan kepentingan forum ini sebagai satu wadah untuk menyatukan umat Islam dalam memperbaiki sistem politik, sosial, dan ekonomi, dengan Palestin sebagai teras perjuangan.

Maqri juga menyatakan bahawa saranan daripada forum ini akan diserahkan kepada pemimpin kerajaan bagi membantu memandu polisi yang lebih kukuh dalam menyokong Palestin.

Forum ini turut disertai ahli politik, akademik, dan aktivis daripada pelbagai negara, yang kesemuanya berkongsi visi untuk mengukuhkan perpaduan Islam dan menentang tindakan Israel di Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Puluhan terbunuh selepas Israel tingkatkan serangan udara di Gaza Utara

Next Post

Wajah sebenar Israel terserlah dalam kemusnahan besar di Gaza

Related Posts