AS, Qatar beri amaran jangan sabotaj rundingan gencatan senjata Gaza

Amerika Syarikat (AS) dan Qatar menyatakan amaran kepada semua pihak berkepentingan supaya tidak menjejaskan rundingan gencatan senjata Gaza yang akan bermula di negara teluk itu.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, mengeluarkan kenyataan itu sebelum rundingan yang dijadualkan bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan Jabatan Negara AS, Blinken dan Sheikh Mohammed menerusi panggilan telefon berkata, ‘tiada pihak di rantau ini harus mengambil tindakan yang akan menjejaskan usaha untuk mencapai perjanjian itu’.

Katanya, dua pihak kini membincangkan ‘usaha untuk meredakan ketegangan di rantau itu dan kepentingan memuktamadkan gencatan senjata di Gaza’.

Blinken sejak beberapa hari kebelakangan ini, sedang berunding dengan Jordan, Arab Saudi dan Turkiye, serta Israel manakala Hamas belum memberi keputusan sama ada akan meyertai rundingan terbaharu itu.

Minggu lalu, Presiden AS, Joe Biden, menyertai pemimpin Mesir dan Qatar untuk menggesa secara terbuka rundingan dimulakan untuk menghentikan konflik selama 10 bulan yang sudah mengorbankan 40,000 penduduk Palestin.

Inisiatif itu dibuat selepas Biden kecewa dengan pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang terbabit dalam rundingan gencatan terdahulu, yang didakwa Iran dilakukan Israel.

AS sejak itu menyarankan Iran supaya tidak melakukan serangan balas ke atas Israel, sekali gus menyebabkan perang merebak di Asia Barat.

Pentadbiran Biden juga menyuarakan kemarahan terhadap tindakan menteri kanan Israel, Itamar Ben Gvir, yang melakukan ibadat Yahudi di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, kelmarin.

Sementara itu, Qatar hari ini melakukan persediaan untuk menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata Gaza, yang begitu diharapkan oleh AS mampu menghentikan serangan balas Iran terhadap Israel serta mengelak perang merebak.

Pengantara AS, Qatar dan Mesir turut menjemput Israel serta Hamas menyertai rundingan yang bertujuan menamatkan pertempuran di gaza.

Sumber rapat berkata, rundingan itu akan diadakan di ibu negara Qatar, Doha, dengan pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns, dijadualkan mengambil bahagian.

Israel juga mengesahkan akan hadir tetapi setakat ini tiada ketetapan sama ada Hamas merancang untuk mengambil bahagian.

Seorang pegawai Hamas berkata, mereka menuntut pelaksanaan cadangan yang dikemukakan oleh Biden pada 31 Mei dan bukannya mahu mengadakan lebih banyak perbincangan.

Biden ketika itu berkata, pelan berperingkat itu akan bermula dengan ‘gencatan senjata penuh’ selama enam minggu, pembebasan beberapa tebusan yang ditahan di Gaza dan ‘peningkatan’ dalam bantuan kemanusiaan memasuki wilayah dikepung. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahmoud Abbas kritik PBB gagal bantu tubuh negara Palestin

Next Post

Putera Mahkota Arab Saudi bimbang dibunuh kerana teruskan normalisasi Israel

Related Posts