Hamas: Jalanan Gaza menjadi koridor kematian akibat serangan berterusan

Gerakan Hamas mendakwa jalan-jalan di Semenanjung Gaza kini bertukar menjadi koridor kematian susulan peningkatan serangan dan pembunuhan oleh penjajah Israel terhadap penduduk Palestin.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata pengeboman berterusan terhadap khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal, yang turut mengorbankan wanita dan kanak-kanak, membuktikan bahawa jenayah genosid di Gaza masih berterusan meskipun gencatan senjata telah dipersetujui.

Beliau berkata, keadaan itu semakin buruk berikutan sekatan yang diperketatkan serta dasar kebuluran sistematik yang menyebabkan penduduk Gaza terus berdepan bencana kemanusiaan.

“Jalan-jalan di Gaza kini bertukar menjadi koridor kematian akibat peningkatan pembunuhan yang dilakukan oleh musuh Zionis, seiring dengan pengetatan sekatan dan dasar kebuluran sistematik,” katanya dalam satu kenyataan.

Qassem turut menggesa Lembaga Keamanan dan wakilnya, Mladenov, supaya segera mengambil tindakan menekan Israel bagi menghentikan jenayah berkenaan.

Beliau menyifatkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan penduduk Gaza sebagai satu bentuk keterlibatan dalam pelanggaran yang dilakukan terhadap orang awam.

Dalam pada itu, beliau menggesa negara-negara Arab dan Islam yang menyertai Lembaga Keamanan supaya mengambil pendirian tegas dan bersungguh-sungguh bagi menghalang Israel daripada menggunakan penyertaan mereka dalam badan itu sebagai perlindungan terhadap tindakan yang didakwa sebagai jenayah genosid serta pelanggaran hak rakyat Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiga tahun Sumud dalam dunia yang menggadaikan peraturan

Next Post

Israel berdepan kemunduran diplomatik selepas empat pilihan raya

Related Posts