Pentadbiran Trump rancang jual bom bernilai AS$2.8 bilion kepada Israel

Pentadbiran Trump sedang bersiap untuk menjual pakej bom seberat 907 kilogram (2,000 paun) bernilai AS$2.8 bilion kepada Israel, yang merupakan penjualan terbesar seumpama itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut laporan Washington Post dan agensi berita AFP yang dipetik Al Jazeera

Pakej tersebut dibiayai melalui Foreign Military Financing (FMF), iaitu mekanisme yang membolehkan Washington menyediakan dana kepada Israel untuk membeli senjata buatan Amerika Syarikat.

Ia merangkumi 40,000 bom, terdiri daripada 20,000 bom serba guna MK-84 dan 20,000 bom BLU-117, iaitu varian MK-84 yang disalut bahan tahan haba bagi membolehkan penyimpanan yang lebih selamat di kapal, selain kepala peledak penembus I-2000 yang direka untuk menyerang struktur kukuh dan sasaran bawah tanah.

Menurut Washington Post, MK-84 yang digelar “hammer” oleh juruterbang AS ketika Perang Teluk pertama, merupakan antara senjata paling merosakkan dalam simpanan senjata Barat. Bom itu mampu menyebarkan serpihan logam sehingga ratusan meter dan menembusi konkrit tebal.

“Bom Mark 84 buatan Amerika mempunyai radius kemusnahan sejauh setengah batu,” tulis pengulas konservatif Tucker Carlson di X, dengan memetik seorang pegawai kerajaan persekutuan yang tidak dinamakan. “Ia menghasilkan gelombang haba dengan suhu seperti permukaan matahari… Bom itu meruntuhkan bangunan pangsapuri dan meninggalkan kawah sedalam 35 kaki.”

Cadangan penjualan tersebut telah dimaklumkan secara tidak rasmi kepada jawatankuasa-jawatankuasa Kongres.

Washington Post melaporkan seorang pegawai kanan pentadbiran hanya berkata bahawa “semua penjualan senjata kepada negara asing sedang melalui proses yang sewajarnya”, manakala Jabatan Negara AS berkata pihaknya tidak mengulas cadangan penjualan sebelum ia dimaklumkan secara rasmi kepada Kongres.

Israel telah menggunakan bom seberat 907 kilogram ratusan kali di Gaza dan Lubnan, termasuk di kawasan yang sebelum ini ditetapkan sebagai zon selamat untuk orang awam, sekali gus mencetuskan kritikan berterusan daripada kumpulan hak asasi manusia. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

WHO bakal hentikan bekalan diesel kepada lebih 20 hospital di Gaza

Next Post

70 peratus generator di hospital Gaza tidak berfungsi akibat sekatan Israel

Related Posts