Sekurang-kurangnya 57,130 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan bahawa 118 jenazah dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 581 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera mencecah 135,173 orang akibat serangan Israel.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” tambah kenyataan itu.
Kementerian turut melaporkan bahawa 12 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 49 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah pencari bantuan yang dibunuh oleh tentera Israel meningkat kepada 652 orang, manakala 4,537 lagi cedera sejak 27 Mei.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu dan telah membunuh 6,572 orang serta mencederakan 23,132 yang lain, sekali gus memecahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang mula berkuat kuasa pada Januari. – Anadolu