Pembukaan Konstantinopal

PEMBUKAAN KONSTANTINOPAL
29 MEI 1453

Pada awal pagi Selasa 20 Jamadil Awal 857 H bersamaan 29 Mei 1453 serangan besar-besaran yang terakhir dilancarkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Maharaja Constantine sendiri turun ke medan perang dalam menghadapi gelombang akhir ini. Setelah tentera Uthmaniyyah berjaya menggempur tembok kota dan menawan beberapa menara, Maharaja Constantine merasakan tiada faedah lagi untuk melawan, akhirnya beliau turut terkorban di medan perang tersebut. Penyebaran kematian maharaja telah melemahkan tentera Byzantine keseluruhannya.

Pada hari tersebut selepas Zohor, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menjejakkan kaki ke tengah Kota Konstantinopal dikelilingi oleh tentera dan panglimanya sambil berkata: “Segalanya adalah kehendak Allah. Kamu kini adalah pembuka Konstantinopal yang telah dikhabarkan Rasulullah.” (Al-Futuh Al-Islamiyah Abra Al-Usur)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rasuah tutup kes beli senjata warga Israel, dua pegawai kanan Bukit Aman didakwa

Next Post

Teladani Sultan Muhammad Al-Fateh, Pembuka Konstantinopal

Related Posts