Kesyahidan Hasan Al-Banna

KESYAHIDAN HASAN AL-BANNA
12 FEBRUARI 1949

Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna yang lebih dikenali sebagai Hasan Al-Banna merupakan pengasas Harakah Islamiyyah Ikhwanul Muslimin. Beliau mengajak umat Islam supaya mengamalkan Al-Quran Al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi SAW. Melalui usaha dakwahnya ribuan mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat menjadi penggerak dakwah.

Episod terakhir kehidupannya adalah ketika beliau berada di hadapan ibu pejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah, pembunuh upahan melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri. Ketika tiba di hospital beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 12 Februari 1949.

Total
0
Shares
Previous Post

Taufan Al-Aqsa menurut pemikir Maghribi, Taha Abd Rahman

Next Post

Analisis Taktikal Pasca 100 Hari Taufan Al-Aqsa

Related Posts

Deklarasi Balfour

DEKLARASI BALFOUR2 NOVEMBER 1917 Pada 2 November 1917, Arthur Balfour, Setiausaha Luar Negeri Britain ketika itu, menandatangani satu…
Read More

Hari Tanah Palestin

HARI TANAH PALESTIN30 MAC 1976 Hari Tanah Palestin merupakan upacara tahunan bagi memperingati peristiwa berdarah 30 Mac 1976.…
Read More