Taufan al-Aqsa dirancang lapan bulan sebelum, perisikan Israel gagal kesan

Sayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam dilaporkan telah merancang Operasi Taufan al-Aqsa sekurang-kurangnya lapan bulan sebelum serangan 7 Oktober 2023, menurut dokumen sulit yang didedahkan menerusi dokumentari penyiasatan Al Jazeera.

Pendedahan itu dibuat menerusi rancangan Ma Khafiya A’zhom (Apa Yang Tersembunyi Lebih Dahsyat) oleh wartawan penyiasatan Tamer Almisshal yang menampilkan dokumen dalaman Briged al-Qassam berkaitan persiapan operasi berkenaan.

Dokumen tersebut menunjukkan arahan awal bagi persiapan logistik dan taktikal dikeluarkan susulan peningkatan pencabulan kesucian Masjid al-Aqsa oleh pelampau penjajah Israel serta kemerosotan keadaan kemanusiaan tahanan Palestin di penjara Israel.

Lebih menarik, dokumen itu turut mendedahkan bahawa kepimpinan tertinggi Briged al-Qassam bersedia menangguhkan atau membatalkan operasi berkenaan sekiranya Israel menghentikan pencerobohan dan provokasi di Baitulmaqdis.

Pendedahan itu memberikan gambaran baharu mengenai proses perancangan dan pertimbangan di sebalik operasi berkenaan, termasuk kemungkinan untuk membatalkannya sekiranya tuntutan berkaitan penghentian tindakan Israel dipenuhi.

Pada masa sama, perancangan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya lapan bulan itu menimbulkan persoalan mengenai kegagalan agensi perisikan Israel, termasuk Shin Bet dan Mossad, mengesan persiapan operasi berskala besar berkenaan sebelum serangan dilancarkan pada 7 Oktober 2023. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ben-Gvir desak pemimpin parti Arab ditahan selepas keputusan pilihan raya

Next Post

Tiga tahun Sumud dalam dunia yang menggadaikan peraturan

Related Posts