Hamas komited dengan perjanjian, gesa Lembaga Keamanan henti Israel

Hamas menegaskan komitmennya untuk terus mematuhi perjanjian gencatan senjata, sambil menekankan pihak penjajah Israel masih berterusan melanggar terma perjanjian tersebut sejak ia berkuat kuasa.

Menurut gerakan itu, pelanggaran berterusan Israel dilakukan bagi mensabotaj perjanjian gencatan senjata serta menghalang tugas Jawatankuasa Kebangsaan, bercanggah dengan pengaturan yang telah dipersetujui dan jaminan yang diberikan oleh Amerika Syarikat.

Hamas memaklumkan bahawa sepanjang hampir lima bulan tempoh gencatan senjata, seramai 484 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh akibat tembakan tentera penjajah Israel, manakala 1,297 yang lain cedera, tanpa sebarang tekanan antarabangsa yang berkesan untuk menghentikan tindakan berkenaan.

Gerakan itu turut berkata bahawa para peserta Forum Ekonomi Dunia di Davos sepatutnya memberi tumpuan kepada tindakan jenayah berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang menurutnya melemahkan usaha antarabangsa bagi mengukuhkan gencatan senjata.

“Ini termasuk usaha membuka lintasan, pengunduran tentera penjajah serta pelaksanaan proses pembinaan semula Gaza,” menurut kenyataan itu, sambil menegaskan bahawa ugutan tidak wajar diarahkan kepada pihak Palestin yang kekal mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui.

Sehubungan itu, Hamas menggesa badan antarabangsa yang dikenali sebagai “Lembaga Keamanan” supaya memikul tanggungjawabnya dengan menghentikan pelanggaran Israel dan memaksanya memenuhi kewajipan di bawah perjanjian gencatan senjata.

Antara tuntutan utama ialah membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perlindungan, memudahkan usaha bantuan serta pembinaan semula, dan melindungi penduduk Gaza daripada kesan bencana kemanusiaan yang berterusan, khususnya ketika cuaca sejuk melampau melanda wilayah itu. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pegawai Palestin: Lintasan Rafah Gaza–Mesir dibuka minggu depan

Next Post

Palestin Kiblat Jihad dan Ribath Umat Islam

Related Posts