Pelan Trump: Hamas akan umum pendirian dalam masa terdekat

Hamas akan mengumumkan pendiriannya dalam masa terdekat berhubung pelan yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kata ahli biro politik pergerakan itu, Muhammad Nazzal.

Dalam wawancara bersama saluran Al Jazeera pada Khamis malam, beliau mengesahkan Hamas telah menerima pelan tersebut pada malam Isnin lalu dan memulakan rundingan dalaman serta luaran seawal keesokan harinya.

“Pelan Amerika itu mempunyai beberapa kritikan, dan kami akan umumkan pendirian kami terhadapnya dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau menegaskan Hamas berhak menyatakan pandangan yang mempertahankan kepentingan rakyat Palestin, khususnya dari sudut menghentikan perang dan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

“Kami serius dalam usaha mencapai persefahaman berdasarkan penghentian pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Tidak mungkin pengakhiran ini membawa kepada pengabaian hak rakyat kami,” ujarnya.

Nazzal turut menekankan bahawa Hamas tidak akan membiarkan genosid berterusan menimpa rakyat Palestin, sebaliknya memberi keutamaan terhadap kepentingan dan keselamatan mereka. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengiktirafan Palestin: Hakikat atau muslihat?

Next Post

Sumud dengan agenda sumud

Related Posts