Hamas tangguh pembebasan tahanan, Israel langgar perjanjian

Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam mengumumkan penangguhan pembebasan tahanan Zionis yang dijadualkan pada Sabtu ini, susulan dakwaan pelanggaran perjanjian oleh Israel dalam tempoh tiga minggu terakhir.

Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah dalam kenyataannya di Telegram berkata pimpinan gerakan pejuang memantau kegagalan Israel dalam memenuhi terma perjanjian, termasuk kelewatan membenarkan kepulangan penduduk yang dipindahkan ke utara Gaza serta serangan berterusan terhadap mereka melalui pengeboman dan tembakan di pelbagai kawasan.

Selain itu, katanya Israel juga tidak menepati komitmen untuk membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan dalam semua bentuk seperti yang dipersetujui, sedangkan pihak pejuang telah melaksanakan tanggungjawab mereka sepenuhnya.

“Oleh itu, pembebasan tahanan Zionis yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Keputusan ini dibuat sehingga pihak penjajah memenuhi semua kewajipan mereka dalam perjanjian dan menggantikan hak yang telah mereka abaikan sepanjang minggu-minggu lalu,” katanya.

Abu Ubaidah turut menegaskan bahawa Hamas akan terus berpegang pada perjanjian selagi mana Israel menunaikan komitmen mereka. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syria serah kembali premis Hamas, tarik balik sekatan

Next Post

Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin

Related Posts