Pejuang Al-Qassam tembak mati penembak tepat Israel di Jabalia

Seorang penembak tepat Briged Al-Qassam berjaya menembak mati seorang penembak tepat Israel dalam pertempuran sengit di kawasan Jalan Mahkamah dan Hayy Al-Qassasib, Jabalia, utara Gaza.

Menurut kenyataan media Al-Qassam, pembunuhan penembak tepat Israel tersebut merupakan strategi serangan senyap sebelum menyerang secara langsung kubu pertahanan tentera yang berlindung di bangunan sekitar.

Serangan itu menyebabkan sejumlah besar tentera Israel tercedera dan terbunuh, dengan rakaman menunjukkan kesan darah serta pakaian seragam milik mangsa yang berjaya dilumpuhkan.

Rakaman video yang dikeluarkan turut mendokumentasikan detik-detik selepas operasi tersebut, termasuk serangan susulan menggunakan senjata anti-infantri dan roket bagi memusnahkan kedudukan musuh.

Tentera Israel kelihatan gagal mempertahankan kawasan tersebut, memperlihatkan kelemahan taktik mereka di lapangan.

Di lokasi lain, Al-Qassam melaporkan kejayaan memusnahkan dua jentolak D9 dan sebuah kereta kebal Merkava di timur Kem Pelarian Al-Bureij, tengah Gaza.

Serangan menggunakan peluru berpandu anti-kenderaan ini sekali lagi menunjukkan keupayaan teknikal dan keberanian pejuang Palestin dalam menghadapi tentera Zionis yang bersenjata lengkap.

Briged Al-Qassam menegaskan bahawa perjuangan mereka tidak akan berhenti sehingga pencerobohan Israel di Gaza dan kezaliman terhadap rakyat Palestin dihentikan.

Konflik yang berlanjutan ini terus mencetuskan penderitaan di Gaza, namun para pejuang Palestin tetap berjuang mempertahankan tanah air mereka. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wanita terbunuh, 10 cedera di Tel Aviv akibat serangan roket dari Lubnan

Next Post

Membesar di kem pelarian, pelajar Palestin berjaya genggam PhD di usia 52 tahun

Related Posts