Sumud dengan agenda sumud

Istilah sumud yang bermaksud keteguhan merupakan suatu perkataan yang sangat asing bagi masyarakat dunia, termasuklah jua umat Islam. Perkataan ini mula menjadi perhatian pasca 7 Oktober, apabila rakyat Gaza menjadikan sumud ini sebagai slogan dan pegangan mereka, iaitu untuk terus teguh mempertahankan bumi Gaza daripada penjajahan dan pengusiran oleh penjajah Israel dan Amerika Syarikat. Intipati sumud itu sendiri tidak jauh dari istilah ribath dan jihad.

Kemudian ia menjadi semakin dikenali apabila para aktivis dari negara-negara utara Afrika bergerak untuk menuju ke Gaza dengan nama Konvoi Sumud, seterusnya di Malaysia digerakkan Sumud Nusantara dan akhirnya nama sumud itu menjadi slogan dan nama global bagi usaha memecah kepungan dengan terbentuknya gerakan gabungan Global Sumud Flotilla.

Kini perkataan sumud telah dikenali seluruh dunia, namun tugas kita memastikan agenda sumud itu benar-benar hidup seperti makna asalnya iaitu untuk teguh mempertahankan Gaza dari penjajahan dan pengusiran serta teguh bersama para pejuang yang melawan penjajahan supaya bumi itu kekal dipimpin oleh rakyat Palestin.

Memperjuangkan sumud bermaksud menolak segala helah dan perjanjian yang memaksa rakyat dan pejuang Palestin untuk menyerah diri dan tunduk, sebarang perjanjian gencatan senjata mestilah menjamin hak rakyat Palestin untuk terus kekal menentukan masa depan mereka sendiri di tanah air mereka sendiri, bukannya ditentukan oleh kolonial tamat tempoh seperti Tony Blair atau mana-mana aktor penyangak yang lain.

Sumud bermakna kita tidak akan berpaling atau mengkhianati para pejuang Palestin yang teguh mempertahankan Palestin dengan darah mereka.

Sumud bermakna kita menentang segala bentuk agenda normalisasi sama ada secara langsung atau tidak. Sumud itu setia pada agenda pembebasan, bukannya penyerahan.

Ahmad Nu’man Mazlan
Pengurus Dunia Palestin Network

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelan Trump: Hamas akan umum pendirian dalam masa terdekat

Next Post

Tun Mahathir: Cadangan Trump bukan tawaran damai, hanyalah ugutan

Related Posts