Pemimpin Hamas rakam penghargaan atas solidariti teguh rakyat Malaysia

Pemimpin kanan Hamas, Dr. Basem Naim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas pendirian solidariti yang disifatkannya sebagai teguh dan terhormat dalam berdepan jenayah genosid Zionis di Gaza.

Beliau yang juga Ketua Biro Hubungan Dunia Arab dan Islam Hamas menyeru agar Malaysia terus memperkukuh usaha solidariti serta meningkatkan tekanan politik di peringkat antarabangsa, di samping menjadi peneraju dalam membentuk model sokongan yang lebih tersusun dan berkesan terhadap perjuangan Palestin.

Dr. Basem menyifatkan tempoh dua tahun konflik “Taufan al-Aqsa” sebagai titik pemisah dalam sejarah perjuangan Palestin, yang memperlihatkan keteguhan rakyatnya menolak pengusiran serta mempertahankan hak sah mereka terhadap kebebasan, kemerdekaan dan kepulangan.

Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, suara Palestin kekal konsisten dan jelas meskipun berdepan kempen propaganda meluas yang disokong kuasa Barat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dunia Palestin atas usaha menterjemahkan risalah Hamas bertajuk “Naratif Kami.. Taufan al-Aqsa.. Dua Tahun Keteguhan dan Tekad Pembebasan” ke dalam bahasa Melayu bagi memastikan mesej perjuangan Palestin dapat disampaikan kepada masyarakat Asia Tenggara.

Dr. Basem menegaskan bahawa Palestin dan Masjid al-Aqsa merupakan amanah umat Islam seluruhnya, dan perjuangan membebaskan al-Quds adalah tanggungjawab bersama umat di seluruh dunia.

Kenyataan penuh beliau boleh dibaca dalam e-buku Naratif Hamas: Dua Tahun Keteguhan Taufan al-Aqsa terbitan Dunia Palestin dan boleh didapati melalui portal duniapalestin.com. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelan Trump menyerupai genosid penstrukturan semula institusi

Next Post

100,000 jemaah hadir solat Jumaat di Masjid al-Aqsa walau hadapi sekatan

Related Posts