Pelan Trump menyerupai genosid penstrukturan semula institusi

Lemkin Institute for Genocide Prevention and Human Security menyifatkan “pelan keamanan” yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebagai menyerupai kerangka genosid kerana melibatkan penstrukturan semula institusi, wilayah dan demografi rakyat Palestin secara terselaras.

Institut itu merujuk kepada kerangka genosid yang dihuraikan oleh Raphael Lemkin dalam karya beliau pada 1944, Axis Rule, yang menegaskan bahawa genosid bukan sahaja berlaku melalui pembunuhan beramai-ramai, tetapi juga melalui pemusnahan struktur politik, sosial dan ekonomi sesuatu bangsa.

Menurut kenyataan Lemkin Institute, pelan berkenaan didakwa menggariskan satu rancangan pentadbiran, ekonomi, wilayah dan demografi yang bertujuan merungkai asas kewujudan nasional Palestin, sambil menyifatkan gambaran Gaza sebagai peluang hartanah mendedahkan logik penjajahan pendatang yang merampas tanah warisan dan sumber semula jadi untuk ditukar kepada komoditi ekonomi.

Kenyataan sama turut mengkritik cadangan penubuhan sebuah “Lembaga Keamanan” yang didakwa berfungsi untuk melindungi pelaksanaan pelan tersebut serta menormalisasikan perubahan struktur yang dipaksakan tanpa penglibatan rakyat Palestin.

Institut berkenaan menegaskan bahawa apabila genosid difahami sebagai satu proses yang boleh dilaksanakan melalui penstrukturan semula institusi oleh kuasa luar, maka ciri-ciri genosid dalam pelan tersebut menjadi jelas.

Sehubungan itu, institut berkenaan menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak membiarkan situasi di Palestin terus berada dalam keadaan yang disifatkan sebagai “distopia”, serta mendesak perlindungan hak dan kedaulatan rakyat Palestin dipertahankan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemimpin Hamas hargai usaha Dunia Palestin angkat naratif muqawamah

Next Post

Pemimpin Hamas rakam penghargaan atas solidariti teguh rakyat Malaysia

Related Posts