Presiden Colombia: Gaza adalah ibu kota muqawamah dunia

Presiden Colombia, Gustavo Petro mengisytiharkan Gaza sebagai “ibu kota muqawamah dunia,” sambil menegaskan keperluan agar naratif rakyat Palestin disampaikan kepada masyarakat antarabangsa.

“Gaza adalah ibu kota muqawamah dunia, dan naratif rakyat Palestin mesti sampai kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan menurut Yeni Safak.

Beliau mendakwa rejim penjajah Israel menindas pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penganut Kristian dan Arab, serta menggesa komuniti antarabangsa untuk bangkit menentang ketidakadilan ini.

Sebagai isyarat simbolik, Petro mengumumkan hasratnya untuk menganugerahkan Gaza Pingat Pejuang Agung “Simon Bolivar,” iaitu penghormatan kebangsaan tertinggi Colombia, sebagai tanda penghargaan terhadap ketabahan rakyatnya.

Presiden Colombia itu dikenali sebagai pengkritik lantang terhadap serangan berterusan Israel ke atas orang awam di Gaza, pendirian yang baru-baru ini menyebabkan beliau dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rahsia ketelitian dan keteguhan gerakan muqawamah Palestin

Related Posts