Tun Mahathir: Cadangan Trump bukan tawaran damai, hanyalah ugutan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan 20 perkara oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menghentikan genosid Israel terhadap rakyat Palestin bukanlah satu tawaran damai, sebaliknya hanyalah ugutan.

Menurut beliau, cadangan itu yang dirangka bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menetapkan syarat bahawa ia perlu diterima dalam tempoh empat hari atau serangan ke atas Gaza akan diteruskan dengan lebih dahsyat.

“Seperti Netanyahu, Trump mahu mengambil alih Gaza. Itu bermaksud rakyat Palestin mesti menyerah diri. Bagaimana mereka mengharapkan Hamas menerima penyerahan sebagai penyelesaian amat menghairankan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tun Mahathir berkata lebih 60,000 rakyat Palestin telah terkorban akibat pengeboman Israel dan jika cadangan Trump diterima, pengorbanan itu akan menjadi sia-sia.

Beliau turut menegaskan Trump bukanlah pendamai, sebaliknya sering menggunakan ancaman tarif, sekatan dan pelbagai tuntutan untuk memaksa pihak bertelagah menghentikan peperangan, namun pendekatan itu terbukti gagal.

“Perang Russia-Ukraine masih berlarutan, pembunuhan terancang masih berlaku. Genosid oleh Israel juga akan berterusan dengan sokongan kuat Amerika Syarikat,” katanya.

Tun Mahathir menambah, beliau tidak terkejut sekiranya Hamas menolak cadangan tersebut kerana ia hanya akan memperkukuh lagi kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sumud dengan agenda sumud

Next Post

Hamas setuju gencatan senjata, teknokrat Palestin tadbir Gaza

Related Posts