Apakah kandungan perjanjian gencatan senjata Israel-Hezbollah?

Persetujuan gencatan senjata dicapai selepas lebih 13 bulan persengketaaan dan pertempuran berlaku antara Israel dan Lubnan. – Gambar fail AP

Seperti yang seluruh dunia sedia maklum, Israel dan pasukan pejuang Hezbollah di Lubnan sudah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata berkuatkuasa 4 pagi Rabu (waktu tempatan).

Persetujuan itu dicapai selepas lebih 13 bulan persengketaaan dan pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak berkenaan.

Berikut antara kandungan dalam perjanjian gencatan senjata itu:

    • Hezbollah diberi masa 60 hari untuk menamatkan kehadiran bersenjatanya di selatan Lubnan.
    • Tentera Israel juga mesti berundur dari kawasan itu dalam jangka masa yang sama.
    • Tentera Lubnan akan mengerahkan tentera ke zon ini dan menjadi satu-satunya kumpulan bersenjata yang dibenarkan di kawasan itu, di samping misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
    • Perjanjian gencatan senjata ini berbentuk kekal, menurut Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, yang membantu penyelarasan perjanjian itu.
    • Israel dan Hezbollah masih mempunyai “hak untuk mempertahankan diri.

        -Astro Awani

        Total
        0
        Shares
        Leave a Reply

        Your email address will not be published. Required fields are marked *

        Previous Post

        Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza

        Next Post

        Israel bom pusat perlindungan, kediaman di Gaza

        Related Posts