600,000 berarak desak kerajaan UK putuskan hubungan dengan Israel

Dianggarkan seramai 600,000 orang berarak melalui pusat bandar London menuju ke Downing Street pada hari Sabtu bagi memperingati ulang tahun ke-77 Nakbah.

Perarakan itu bermula di Embankment sebelum melalui Big Ben, menyeberangi sungai ke Waterloo dan berakhir di hadapan Downing Street.

Ia dianjurkan oleh Palestine Solidarity Campaign, Friends of Al-Aqsa, Muslim Association of Britain, Stop the War, Palestinian Forum in Britain serta beberapa kumpulan pro-Palestin yang lain.

Para penunjuk perasaan hadir dari seluruh negara, termasuk dari Wales dan utara England. Stop the War menyatakan bahawa perarakan itu dihadiri oleh anggaran 600,000 orang, menjadikannya yang terbesar sejak November 2023.

Palestine Solidarity Campaign berkata perarakan itu bertujuan untuk “memperingati ulang tahun ke-77 Nakbah 1948 dan menuntut kerajaan kami mengambil tindakan bagi menamatkan pembersihan etnik berterusan terhadap rakyat Palestin dari tanah mereka”.

Nakbah, atau malapetaka, merujuk kepada pembersihan etnik ke atas Palestin oleh militan Zionis bagi membuka jalan kepada penubuhan negara Israel pada tahun 1948. – Middle East Eye

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas sedia bebaskan semua tahanan jika perang dihentikan

Next Post

100,000 berarak desak kerajaan Belanda putuskan hubungan dengan Israel

Related Posts